Nuffy Ads

Tuesday, December 27, 2011

Obes

Semalam try fitting baju nikah mak sedara aku yang arwah umi jahitkan. Cantik baju tu. Tapi sumpah buruk di badan aku. Aku gemok la!!!!! Chestnut betul. Ye, memang aku dah naik 2kg. Fuhhh, nak kawen nanti, memang kena diet giler la kot. Sumpah tak cantik dalam gambar bila badan camni. Kurang-kurang kena turunkan 5,6kg. Hui, mampu ke???? 

Kalau tengok contoh baju dalam majalah pengantik, semua cantik-cantik. Padahal cantik sebab modelnya slim melim je. 

Kalau aku pakai, sumpah buruk. 

So, azam aku untuk tahun 2012, aku nak turunkan berat. Huhu... Tiap tahun aku berazam nak turunkan berat. Tapi berat makin naik. Haha! 

Sebab wedding date pun belum decide lagi, banyak lagi la kot masa untuk diet. Harap-harap kali ni berjaya la.

Mr. Polaris pulak sebok nak gemukkan badan. Dah tin kedua dia minum susu fullcream Zhulian. Pastu dia balik hari tu, masa dapat mc 13 hari tu, aku belikan Vegivera. Untuk tambahkan zat, bersihkan darah dan sebagainya. Tak tahu la berjaya gemuk ke tak datuk tu.

Saturday, December 24, 2011

3rd outing - Hantaran 1

Hari ni dah settle beli handbag, kasut dan perfume aku dan Mr. Polaris untuk hantaran. Unutk perfume aku aku beli Hugo Boss Orange and untuk Mr. Polaris dia pilih Davidoff Cool Water.

Lepas tu baju untuk majlis sambut menantu dah settle jugak.Untuk nikah aku pilih warna brown, tapi untuk lining dan baju melayu Mr. Polaris aku pilih warna cream ala-ala emas sikit kot. Pastu untuk sambut menantu, Mr. Polaris pilih warna grey. Cantik la pulak pilihan dia. Muehehe.. Selalunya asik aku je yang kena buat keputusan. Bila paksa, reti pulak dia pilih. Bukan takde taste, saje tak nak pilih. Chesss!

Cuma untuk baju akan nikah, kain lace tu dah beli. Cuma untuk lining dan jugak baju melayu Mr. Polaris belum beli lagi sebab tadi kat Nagoya warna kain yang kami nak tu dah habis stok. 

Takpe, pelan-pelan kayuh. 

Hari ni sempat beli banyak sikit barang sebab keluar berdua je.

Tuesday, December 20, 2011

1st and 2nd outing

Untuk first outing, semalam, kami keluar beli barang hantaran. Tapi ended up with bought nothing. Sebabnya boleh dirujuk di link ini. Lupa nak update kat sini. Hehe...

Hari ni, Mr. Polaris ajak survey pelamin. Sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan kejadian semalam berlaku, aku tinggal my sister kat rumah. Dan cuma bawa my nephew. Susah nak tinggalkan dia kat rumah sebab his mom and dad are not at home until this Thursday. So, aku in charge in baby sitting him. 

Sejuk je hati aku bila tengahari tadi Mr. Polaris tanya, bila nak keluar survey pelamin. Sebelum ni, masa dia still kat Nilai, bila aku tanya je tentang wedding preparation, mesti nak gaduh. Kawan tu stress sebab kena fikir wedding preparation lagi, kena fikir kerja lagi, penat kerja lagi, balik nak kena masak lagi. Heheh.. Tapi aku yang duduk riba tangan kat rumah ni, takde apa nak fikir melainkan surfing about the wedding stuff kat internet dan bila dia balik kerja, terus bentangkan laporan nak itu ini masa majlis nanti. Mana kawan tu tak marah. Hehe... 

So tadi pukul 3.30 petang he picked me up. Hari ni sempat survey dua bridal boutiques je. Tapi macam dah berkenan kat 2nd boutique tu. Murah, cantik, mak andam pun dah berumur. Yang penting mak andam adalah pure woman. Aku memang tak nak mak nyah mekapkan. Nanti kang bila dah berwudhuk, terbatal la wudhuk masa mekap. Susah la kan. 

Pakej bridal boutique pertama:

Pelamin 1 panel
2x mekap
1 pasang persalinan

= RM 1350

Photographer = RM 600 - 1500 ++


Pakej bridal boutique kedua:

Pelamin 1 panel
2x mekap
1 pasang persalinan
Photgrapher

= RM 1300

Lagi satu yang aku suka tentang mak andam kedua tu, sebab dia dah lama kot dalam bidang ni, dia siap nasihat lagi, tak payah la berhabis banyak-banyak untuk persandingan ni. Lepas kahwin, kita nak mula hidup baru, banyak lagi duit nak guna. Lagipun bayar mahal-mahal untuk pelamin pun, benda orang nak tengok sekejap je. Rugi je. Sewa pelamin simple tapi cantik, gambar sikit-sikit, ok la tu. Sekadar untuk kenangan. 

Yes Kak Nah. You're absolutely right. Just nice to our liking.

Tapi Kak Nah tu, punya la peramah. Hehe. Sampaikan my nephew sampai tertidur-tidur masa tunggu kami bincang tu. Padahal kejap je. 

Mr. Polaris siap cakap camni lagi lepas je kami keluar dari boutique Kak Nah tu, "Kalau nak survey 5, 6 boutiques, owner dia peramah macam Kak Nah tu, kita kena keluar pagi-pagi lagi." Hehe... 

Kalau pasal mekap, aku suka dua-dua  kot. Mr. Polaris pun suka. Tapi tadi nampak dia prefer mekap from Kak Nah tu. Sebab nipis je dia mekap. Natural. 

Dia kata mekap aku masa bertunang dulu tebal sangat. Oooooo, sekarang baru kau mengaku ye yang mekap aku tak cantik masa bertunang dulu. Mentang-mentang la dah dapat aku. Huhu.. Dulu, kemain lagi bila aku kata, "Udohkan mekap Jie masa tunang ni. Tebal giler. Masa tengok cermin tu pun, terkejut giler tengok udohnya mekapppp!" 

Tapi mati-mati dia kata, "Takde la, cantik je abang tengok." 

Chestnut betul. Menipu aku rupanya ye.. Tapi takpe, aku redha je. Haha!




Lepas tu, sempat survey set bilik tidur jap. Rasa nak beli sekarang je. Sebab sekarangkan banyak clear stock sale. Set bilik tidur yang aku nak tu, macam gambar aku upload sebelum ni tuuuu, murah giler okeh. Ase nak beli tang tu jugak. Hehe.... Tau berapa? 5-6 pieces for RM 800 ok. Murah gilers. InsyaALLAH, nanti nak tanya abah dulu. Kot-kot la abah nak sponsor macam kak long dulu. Muehehe..


Pastu aku lapar. Mr. Polaris bawak makan Sate Lanang. Sate paling famous kat Besut kot. Sedap giler. Alhmadulillah, kenyams!


Saturday, December 3, 2011

Set bilik tidur

Aku suka deko camni. Tak payah nak kena bukak-bukan lepas majlis.
Set bilik tidur aku suka jenis macam ni. Space effective.


Camni pun cantik. Tapi kalau hitam lagi superb kot.
 


Nak dapatkan yang camni tak mampu. Hehehe... 

Katil bertiang. Uhuks. Tinggal impian je.

Kelambu

Aku berkenan giler dengan kelambu ni. Cantik kan kalau buat hiasan bilik. 

Kelambu Cinta (katanyaaaa.....)


Aku tengok dalam FB: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2435189889759&set=p.2435189889759&type=1&theater


Harga cuma RM 70.... 

Available in white, cream and pink color.

Kad jemputan

Hari ni survey kad jemputan online. Memandangkan budget tak berapa nak banyak, aku prefer mini kad sahaja. Lagipun, besar-besar buat apa.... Kann???

Aku baru survey 1 website. http://www.kadmurah.com/v2/component/virtuemart/?page=shop.browse&category_id=11

So, far harga design dia cantik. Dan yang penting murah. Mwahaha... Alah, nanti lepas majlis aku, orang campak merata gak kadnya. Jarang sangat nak jumpa orang simpan kad.


Kos: 
RM 0.51 / 300 kpg
RM 0.32 / 500 kpg
RM 0.19 / 1000 kpg
RM 0.16 / 1500 kpg
RM 0.13 / 2000 kpg

Envelope, kita amek yang paling murah je. Plain white, baru RM6/100 pcs 

Setem pulak wajib RM 0.60...

Ni beberapa design yang aku berkenan.

 MINI Cempaka
Mini Melati
Mini Kasturi

Tapi aku rasa aku akan pilih yang mini Melati tu kot. Comelkan. Nampak simple yet sophisticated. Tapi mini Cempaka pun comel jugak. Nanti la tanya tukang finalize. Hehe..

Wednesday, November 23, 2011

Tudung for solemnization

Aku rasa nak pakai shawl kot for solemnization. Sebab tak nak ada awning atas dahi. Pe barang pakai pelindung dahi kan.. Susah laki aku nak cium dahi nanti. Hehe.. Yeah, aku gatai sket.

Kalau boleh shawl kosong tu, aku nak tambah lace yang macam tepi baju nikah nanti. Harap comel la. Ni baru dok imagine je. Kalau ikut Koleksi Vispera, nama tudung yang macam tu, Vispera Esplendido ataupun Vispera Estrenella. Nahh kauuu, nak sebut pun payah. Punya la bombastik namanya. Hehe... Tapi comel.

Tapi musti mahallll.. Hahaiiii, berangan punya la best. Tapi bila tengok poket, terus mendung dalam hati. Hehe.. 


Meh nak tampal gambo barang sekeping dua dari Koleksi Vispera. 


Ok, ni Nurizyan Amalina. Comelkan pakai shawl untuk nikah. (Bukan Koleksi Vispera)
Ataupun sebab Nurizyan ni dah memang comel. Again, Nurizyan ni bukan aku. Hehe... 


Kak Didi. Ni namanya tudung Vispera Estrenella.
 Ni kak didi comel from dudusecret.blogspot.com tu. Baru sebulan lebih dapat baby. Comel je kak didi ni kalau tulis blog.

Vispera Esplendido

Cumelkan.. Aku rasa, camni la warna emas susu tuh. Ke warna apa camni?





Sumber:
www.koleksivispera.com
dudusecret.blogspot.com
facebook Nurizyan Norman

Pelamin Impian

Untuk pelamin, aku prefer yang simple tapi modern n sweet. Sebenarnya suka jugak pelamin yang 3 panel tu, tapi kalau tengok deco untuk pelamin 1 panel pun banyak yang sweet. Memang giler kalau tengok pelamin-pelamin simple yet gorgeous  tu... Meh nak tunjuk contoh:

Kalau abaikan yang side panels tu, cantik jugak. Kerawang2 gitu,...

Ni pelamin Nurizyan... Bukan aku. Nama dia Nurizyan Amalina. :-P

Ololo, sucinya... Segar je tengok.

Ni pun comel. Siyes comel.

Sweet

Top listed ni....

Urghhh, melting. (Tapi tak kan aku nak sanding sengsorang)
Menggegar jantung betul la pelamin simple ni. Aku suka alas duduk jenis bulat. Ye, bulat macam aku. Haha! Pastu aku prefer kerusi yang sebijik. Tak nak kerusi satu-satu. Dah nikah buat apa nak duduk jauh2 kan. Jimat space. Muehehehe.. Gatai. Yang ada panel kayu serong-serong macam garden tu cantik sangat kan.. Tu Zaifie Zainal punya collection. Jauhhhh...  Harap-harap bridal boutique kat sini dapat buat segala impian aku tu. 


MasyaALLAH, kalau dapat yang ni, aku nak bersanding 4 hari 4 malam....



Sumber :
zaifiezainal.blogspot.com
nurul arbee creation (tak jumpa link blog dia/ aku tak reti nk digest dia punya homepage kot)



Dress for Solemnization Dream

Walaupun tarikh belum ditetapkan lagi, tapi aku dah mula mencari design baju untuk akad nikah. Masa umi ada lagi... Umi pun dah sempat lukiskan rekaan baju untuk nikah nanti. Tapi aku tak jumpa kabel untuk sambungkan scanner ke laptop. Kalau tak boleh tampal bahan bukti kat sini... 

Tapi sejak dulu, aku memang suka tengok designs yang macam ni...


Cantikkan.. Tapi yang outer layer tu aku suka yang labuh.

Yang warna pink-grey tu cantikkan...

Yang ni paling menepati citarasa


Cumel je dress macam tu. Tapi lagi comel kalau si pemakai nanti adalah kurus and voluptuous. Duhh! Impian tak nak kalah. Tapi makan tak nak pantang. Huhu! Tapi aku prefer warna putih or pastel color. Yang aku tak tahu apa colornya tapi aku suka panggil warna 'emas susu'. Hehe... Kain untuk dress pun tak cari lagi. Lambat lagi. Nak kena tunggu Mr. Polaris balik cuti hari raya cina nanti. Pastu baru boleh survey. The important thing is, kena tunggu dia dapat bonus hujung tahun nanti. Hehe..

Bila pakai dress warna putih or warna-warna suci camtu, nikah pulak kat Masjid Kayu kat Seberang Jerteh ni, fuhhhh.... 

Masjid Kayu


I call it SEXAYYY....


23 Jan 2012 nanti, my BFF engagement day. A philosophy doctor to be.... Bertuah badan....


Sumber: 
Dress from zaifiezainal.blogspot.com
Masjid Kayu from zainalabdullah.wordpress.com

Sunday, November 20, 2011

Tarikh cuti sekolah 2012

9 Mac 2012 - 17 Mac 2012

25 Mei 2012 - 9 Jun 2012

17 Ogos 2012 - 25 Ogos 2012

9 November 2012 - 31 Disember 2012



Tarikh belum ditetapkan lagi.... Hmmm... Tunggu Mr. Polaris balik nanti. Baru bincang.