Nuffy Ads

Sunday, February 26, 2012

17 days left

Apa nak jadi la dengan aku ni. Tinggal lagi 17 hari. Dan aku masih di sini. 


Tudung untuk solemnization belum beli, samping Mr. Polaris pun belum beli. Baju belum fitting. Tak tahu muat ke tidak. Berat aku makin naik wohhh! Mampuihhh! Sikit pun tak de kesedaran nak kawal makan. Main telan je apa yang terlintas. Nak makan aiskrim Trophy, beli. Telan. Nak makan nasik goreng malam, beli, habis sepinggan. Perghhh....


Dan tadi Jaja mintak aku diet. Takut tak muat baju nikah katenya. Haha!! Dia pulak yang bimbang. Aku tak sedar diri lagi. Hehe. Dalam si Jaja pujuk-pujuk suruh diet, aku jalan kaki dengan Ida gi makan nasik dengan ikan asam pedas for lunch. Kuikuikui! Sorry Ja, tak cukup kuat iman aku. Hehe. 


Balik makan nasik, timbang! Okeh. Sila insaf. Naik banyakkkkkk sangat berat.


Hmm, 9 Mac will be the last day at Tioman. 


Lepas tu ke Nilai untuk beli barang untuk kenduri Mei nanti, insyaALLAH. 


Hmmm, akan terlepas wedding Ellen, Zaini on 10th March and Dieyla on 11th. Huhu!



Saturday, February 11, 2012

Hand bouquet

Hmm, sekarang tengah fikir hand bouquet yang paling simple tapi cantik tapi eksklusif. Cewahhhh... 

Dan aku sangat la drooling tengok bunga white calla lillies yang super duper cumellll.... 

Perghhhh, cair ati laki tengok bini pegang bunga cumel camni. Huhu....


Ok, nak pengsan!!!!
Aku paling suka bunga yang first tu. Tapi tak tau la mana nak carik kat Jerteh tu. Tadi dah cuba tanya kat FB. Kawan2 kata ada. Hehe.... Tapi 3,4 hari before solemnization, baru aku balik. Tak tahu sempat booking ke tak.

InsyaALLAH, dipermudahkan Illahi. Amin.

Wednesday, February 8, 2012

Nikah Khitbah

Alhamdulillah, persetujuan telah dicapai antara kedua belah pihak. 

Aku dan Mr. Polaris bakal dinikahkan pada 14/3 in this year. 2012. 

InsyaALLAH, kami bakal dinikahkah secara khitbah dulu. 

Dan kenduri insyaALLAH bakal diadakan pada cuti sekolah pertengahan tahun nanti samada hujung mei atau awal jun. Tarikh belum ditetapkan. 

Kami mengambil keputusan untuk bernikah khitbah kerana kesulitan untuk keluar berdua menguruskan hal ehwal kenduri nanti. Aku dah la dah takde umi untuk uruskan semua tu. Jauh terdampar di bumi Tioman pulak tu. So, kalau sesekali dapat turun ke Nilai berjumpa suami, boleh la terus shopping di Nilai 3. Kan. 

Halal dan diredhai ALLAH, insyaALLAH.

Tiada apa yang nak dimalukan dengan nikah khitbah kerana Nabi Muhammad SAW dan juga Aisyah juga bernikah khitbah. 

Semoga ALLAH permudahkan urusan kami untuk bersatu di jalan yang redhaiNya. Amin.