Nuffy Ads

Sunday, February 26, 2012

17 days left

Apa nak jadi la dengan aku ni. Tinggal lagi 17 hari. Dan aku masih di sini. 


Tudung untuk solemnization belum beli, samping Mr. Polaris pun belum beli. Baju belum fitting. Tak tahu muat ke tidak. Berat aku makin naik wohhh! Mampuihhh! Sikit pun tak de kesedaran nak kawal makan. Main telan je apa yang terlintas. Nak makan aiskrim Trophy, beli. Telan. Nak makan nasik goreng malam, beli, habis sepinggan. Perghhh....


Dan tadi Jaja mintak aku diet. Takut tak muat baju nikah katenya. Haha!! Dia pulak yang bimbang. Aku tak sedar diri lagi. Hehe. Dalam si Jaja pujuk-pujuk suruh diet, aku jalan kaki dengan Ida gi makan nasik dengan ikan asam pedas for lunch. Kuikuikui! Sorry Ja, tak cukup kuat iman aku. Hehe. 


Balik makan nasik, timbang! Okeh. Sila insaf. Naik banyakkkkkk sangat berat.


Hmm, 9 Mac will be the last day at Tioman. 


Lepas tu ke Nilai untuk beli barang untuk kenduri Mei nanti, insyaALLAH. 


Hmmm, akan terlepas wedding Ellen, Zaini on 10th March and Dieyla on 11th. Huhu!



Saturday, February 11, 2012

Hand bouquet

Hmm, sekarang tengah fikir hand bouquet yang paling simple tapi cantik tapi eksklusif. Cewahhhh... 

Dan aku sangat la drooling tengok bunga white calla lillies yang super duper cumellll.... 

Perghhhh, cair ati laki tengok bini pegang bunga cumel camni. Huhu....


Ok, nak pengsan!!!!
Aku paling suka bunga yang first tu. Tapi tak tau la mana nak carik kat Jerteh tu. Tadi dah cuba tanya kat FB. Kawan2 kata ada. Hehe.... Tapi 3,4 hari before solemnization, baru aku balik. Tak tahu sempat booking ke tak.

InsyaALLAH, dipermudahkan Illahi. Amin.

Wednesday, February 8, 2012

Nikah Khitbah

Alhamdulillah, persetujuan telah dicapai antara kedua belah pihak. 

Aku dan Mr. Polaris bakal dinikahkan pada 14/3 in this year. 2012. 

InsyaALLAH, kami bakal dinikahkah secara khitbah dulu. 

Dan kenduri insyaALLAH bakal diadakan pada cuti sekolah pertengahan tahun nanti samada hujung mei atau awal jun. Tarikh belum ditetapkan. 

Kami mengambil keputusan untuk bernikah khitbah kerana kesulitan untuk keluar berdua menguruskan hal ehwal kenduri nanti. Aku dah la dah takde umi untuk uruskan semua tu. Jauh terdampar di bumi Tioman pulak tu. So, kalau sesekali dapat turun ke Nilai berjumpa suami, boleh la terus shopping di Nilai 3. Kan. 

Halal dan diredhai ALLAH, insyaALLAH.

Tiada apa yang nak dimalukan dengan nikah khitbah kerana Nabi Muhammad SAW dan juga Aisyah juga bernikah khitbah. 

Semoga ALLAH permudahkan urusan kami untuk bersatu di jalan yang redhaiNya. Amin.

Wednesday, January 25, 2012

Dah boleh start menggelabah dah...

Sebelum ni, aku relax je gi survey bridal boutiques, survey photographer. Shopping barang hantaran. Pergi ambil borang nikah di pejabat agama. Pergi buat HIV test. Padahal time tu tak decide lagi pun bila nak nikah dan kahwin.  Abah pun tak buat keputusan pape lagi. 

Tapi bila aku dah mula kerja on 16th Jan yang lepas, abang long dah mula tanya abah bila nak kahwinkan aku. Pastu abah kata, Mei la... Kami nak nikah in Mac pun abah tak bagi sebab abah kata dah tak jauh Mac ke Mei. 

Pastu tetiba aku gelabah tak tau nak urus yang mana satu dulu. Booking pelamin dulu ke? Booking make up artist dulu ke? Booking photgrapher dulu ke? Door gift bila nak kena beli? Kad jemputan apa cerita? Pheewwww, gelabah....

Yang comelnya, bila sepupu aku yang kerja nurse di JB, sama umur pulak tu dah decide nak kahwin mid May jugak. Dan bertambah meriah bila my last maternal uncle, pun sama umur dengan aku nak kahwin tahun ni jugak. Dijangka pergi meminang Mac nanti, insyaALLAH. Dah la kami tinggal sekampung. Muehehe.....

Nenek dah kecoh nak sekalikan aje wedding aku and sepupu bersama dengan majlis sambut menantu uncle. Kuikuikui! Takleh nak imagine cane majlis nanti. Hehe... 

So, rasanya bila nak decide tarikh nanti, banyak pihak yang kena duduk berunding di meja bulat. Sebab kalau boleh, tak nak sedara mara kena cuti panjang sebab nak attend ketiga-tiga majlis. Dan kami bertiga pun kalau boleh nak attend wedding each other. 

Dah tersurat kami dilahirkan pada tahun yang sama dan ditakdirkan sampai jodoh pun di tahun yang sama. Terima dengan redha walaupun agak terlewat bagi wanita.

Tapi aku tak tahu nak buat apa ni. Dah la nanti aku jauh di Tioman. Sape nak uruskan semua benda2 yang aku mention kat atas tuuuu? Fuuuuu..... Semoga ALLAH permudahkan. Amin.

Tuesday, January 10, 2012

Bridal heels

  
NYC

Jenis kaki perang2 golden macam aku ni (tak ngaku itam), takleh pakai kasut kaler hitam, nanti lagi terselah ke'goden'an nye. So aku selalu amek langkah selamat dengan beli selipar or heels or kasut warna putih or cream. Sebab nampak la berseri sikit kaki aku dengan kaler yang berseri macam tu. 

Ok, kat atas tu heels yang pernah aku gile kan masa keluar dengan As kat Alamanda dulu. Sumpah cantik. Tapi malangnya purse aku tak berapa cantik, maka As saje lah yang beli heels tu. Sampai sekarang aku terkenang-kenang. 

Aku memang suka kasut atau hanbag yang ada buckle2 and detail macam tu. Cumelnya. Tadi tanya As, agak2 ada tak stok kaler putih. As jawab adaaaaa..... Sukanya... Tapi As kata NYC ni ada kat Parkson je. Terus google. Yesss, ada parkson rupenya kat KB. Nanti gi hunting dengan Mr. Polaris bila dia balik nanti. Harap2 ada. 

Niatnya, heels camni aku nak pakai masa akad nikah. Sebab dress color creamy gold gitu. Huhu... Dan kena carik jugak heels untuk bertandang. Rasa macam kena pakai kaler itam jugak la. Sebab baju kaler grey. Tapi shawl aku kaler itam kot nanti, insyaALLAH. So, tak nak colorful sangat kalau tambah heels putih pulak kan. Harap2 senang jumpa. Sebab aku ni jenis tebiat kalau niat nak gi cari kasut, sumpah tak jumpa yang berkenan. Last2 bajet kasut habis aku berjoli benda tak perlu. Heheh.. 

Tengok belog kak didi, macam berkenan jugak custom made shoes. Selesa and cantik. Tapi tak yah la nak berangan nak bercustom-made shoes bagai kalau dah kau tu bermastautin di Terengganu aje. Muehehee... Redha~


Saturday, January 7, 2012

Nikah and bertandang outfits

Hmmm, tadi dah hantar kain kepada tailor untuk busana nikah dan juga bertandang. Dah finalize dah nak design macamana. Harap-harap sempat kurus sikit dan tak bertambah lagi berat badan ni. Kang, tak muat kang, naya!

Tadi pun Mr. Polaris pergi survey kasut, belt and wallet for him. Hari tu tak sempat. Lagipun aku tak reti pilih kasut for him. Happy je bila dia call tanya-tanya.

"Ni, abang dah tengok kasut dekat bla bla bla. Bajet berapa untuk kasut ni?"

"Ni, dah pilih wallet and belt. Ada pen sekali. Harga bla bla bla. Ok ke? Less 70% dah ni. Abang beli ye?"

MasyaALLAH, what a happy dialogues to hear. Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk ALLAH.

Tarikh belum decide lagi. Kesian kan. Takpe la, kami settle kan urusan kami semampunya. Yang lain-lain tu, biar saja ALLAH yang tentukan. Kerana aturan ALLAH adalah yang terindah. Kannnnn.. 


Hoping for better things ahead, insyaALLAH.

Wednesday, January 4, 2012

Official Photographer

Setakat ni ada 3 photographer yang top listed. 

1. Cinta pandang pertama lepas tengok gambar kak hanim ~ Fazrien Photography

Kak Hanim + Abg Koyie

  • Pakej kahwin basic (RM 1600) + RM 350 kalau akad nikah hari berbeza
o 1x album custom storybook 20 pages bersaiz 12x10 inci
o 1x softcopy mengandungi kesemua gambar
+
o unlimited snaps
o servis dalam 5-6 jam (boleh berkompromi mengikut kesesuaian)
o FREE outdoor 1 jam pada hari majlis sahaja
  • Pakej Kahwin Deluxe A (RM 1950) + RM 350 kalau akad nikah hari berbeza
o 1x album custom storybook 20 pages bersaiz 12x8 inci
o 1x album custom storybook 20 pages bersaiz 12x8 inci
o 1x softcopy mengandungi kesemua gambar
+
o unlimited snaps
o servis dalam 5-6 jam (boleh berkompromi mengikut kesesuaian)
o FREE outdoor 1 jam pada hari majlis sahaja
  • Pakej Kahwin Deluxe B (RM 1950) + RM 350 kalau akad nikah hari berbeza
o 1x BIG album custom storybook 20 pages bersaiz 15x10 inci
o 1x wooden frame + photoprint bersaiz 18x12 inci
o 1x softcopy mengandungi kesemua gambar
+
o unlimited snaps
o servis dalam 5-6 jam (boleh berkompromi mengikut kesesuaian)
o FREE outdoor 1 jam pada hari majlis sahaja
  • Pakej 1 acara sahaja (Akad nikah/bersanding/bertandang) - (RM 1400)
o 1x album custom storybook 20 pages bersaiz 12x8 inci
o 1x softcopy mengandungi kesemua gambar
+
o unlimited snaps
o servis dalam 3-5 jam (boleh berkompromi mengikut kesesuaian)
o FREE outdoor 1 jam pada hari majlis sahaja
  • Pakej pre-wed/post-wed (RM 1000)
o 1x album custom storybook (crystal cover) 20pages bersaiz 12x8 inci
o 1x softcopy mengandungi kesemua gambar
+
o unlimited snaps
o servis dalam 2 jam
  • Item tambahan
Album custom storybook 12x10 inci RM500
Album custom storybook 12x8 inci RM450
Album BIG custom storybook 15x10 inci RM700
Album photobook standard 15x11 inci RM500
Album BIG photobook special edition 16x12 inci RM1200
Wooden frame + laminated photo 18x12 inci RM200
Extra softcopy RM50
Extra outdoor session (2 hours) RM300 (weekdays)
Extra session (reception/solemnization) fees RM700 (Kuala Trg price)
Extra photographer RM800
 Ada lagi pakej lain tapi aku tak masukkan sebab tak berkaitan. Ni harga latest Fazrien. Tapi kalau pergi jumpa dia, diskus face to face, harga boleh nego kot. Hehe.. Tak tau la. Aku agak je. 

Sebelum ni, memang mata aku dikaburi oleh Fazrien je. Bagi aku takde photographer lain yang sebest Fazrien ni. Tapi semalam kot, terjumpa website Shamabd. Wahhh, not bad la hasil dia. Cantik jugak. Ok, jom cek harga pakej. 


Cilok dari Shamabd webpage


Wedding Photo Packages 2011
  • Basic Package / RM 1450.00
1 unit Storybook album size 10’ x 12’ inch
1 unit 13′ x 18′ inch FRAME+ printed picture 10RW ( 10′x 15′ )
1 DVD case + softcopy
1 day event max 4 hours
Free OUTDOOR SESSION – same day with event
Solemnization/Akad Nikah ( add Rm200.00 same day / Rm400.00 different day)
+ 2hour Coverage for Akad Nikah /Solemnization
  • Special Package / RM 1650.00
1 unit Storybook album size 10’ x 15’ inch
1 unit 13′ x 18′ inch FRAME+ printed picture 10RW ( 10′x 15′ )
1 DVD case + softcopy
1 day event max 4 hours
Free OUTDOOR SESSION – same day with event
Solemnization/Akad Nikah ( add Rm200.00 same day / Rm400.00 different day)
+ 2hour Coverage for Akad Nikah /Solemnization
  • Grand Package / RM 1950.00
1 unit Storybook album size 12’ x 18’ inch
2 unit 13′ x 18′ inch FRAME+ printed picture 10RW ( 10′x 15′ )
1 DVD case + softcopy
1 day event max 4 hours
Free OUTDOOR SESSION – same day with event
Solemnization/Akad Nikah ( add Rm200.00 same day / Rm400.00 different day)
+ 2hour Coverage for Akad Nikah /Solemnization
  • Engagement / / RM 750.00
1 unit BLACK Sticky Album with 100pcs 4R print picture
1 unit 13′ x 18′ inch FRAME with 10RW ( 10′x 15′ ) print picture
1 DVD case + Softcopy
1 day event max 3 hour
  • Birthday / RM 550.00
1 unit BLACK Sticky Album with 60cs 4R print picture
1 unit FRAME with 8RW (12′x 8′ ) print picture
1 DVD case + Softcopy
1 day event max 3 hour
  • Outdoor / Prewedding / RM 350.00
1 unit Frame + Gambar 10RW ( 10′x 15′ )
1 DVD case + Softcopy
1 day event max 2 hours
  • Additional : Bertandang / Sambut Menantu/ Shoot & Burn – add RM750.00
Album + 100 pcs 4R – add RM350.00
Transport add RM50.00 – RM400.00 depand on location.
20'' x 30 inch Poster with Frame – RM200.00

Last one, my high school junior. Faiz Khalil. 

3. Faiz Khalil. MFK studios

From Faiz Khalil FB

PAKEJ PERKAHWINAN
  • A : RM2,400
Unlimited Photos
10×12 Photo StoryBook ( Hot Press Hard Cover )
120 Pieces 4R Prints
2no Sticky Album
2no frame 8x12 + 2 8x12 pic
Editing
DVD Copy For All Photos
Outdoor (hari yang sama)

  • B : Rm1,400
Unlimited Photos
8×10 Photo Storybook ( Hot Press Hard Cover )
90 Pieces 4R Prints
1no Sticky Album
1no 8x12 frame + 1 8x12 pic
Editing
DVD Copy For All Photos
Outdoor (hari yang sama)

  • C : RM850
Unlimited Photos
80 Pieces 4R Prints
1no Sticky Album
2 Pieces 8R Prints
Editing
DVD Copy For All Photos
Outdoor (hari yang sama)

  • D : RM650
Unlimited Photos
60 Pieces 4R Prints
1no Sticky Album
DVD Copy For All Photos

  • E ; RM250 / roll
40 Pieces 4R Prints
1 Sticky Album

ADD ON :
1. Outdoor bagi item D & E RM100 (hari sama), RM150 (hari berlainan)

2. PREWEDDING RM100 bagi item A & B



Booking 10% daripada pakej selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum majlis



PAKEJ PERTUNANGAN :

  • A : RM1,000
Unlimited Photos
8×10 Photo Storybook ( Hot Press Hard Cover )
60 Pieces 4R Prints
Frame + 1Pcs 8R
Editing
DVD Copy For All Photos

  • B: RM600
Unlimited Photos
60 Pieces 4R Prints
1 Sticky Album
Frame + 1Pcs 6R
Editing
DVD Copy For All Photos

  • C: RM250 / roll
· 40 Pieces 4R Prints

· 1 Sticky Album


Mode: B2B yang kecoh ini tengah pening comparing pakej photography yang paling berbaloi. Yang penting murah, hasil cantik, berbaloi-baloi. Amboi, dah tahu nak murah, masih lagi berhajat nak hasil cantik kebabom. Okeh, kena start fikir kat mana nak korek duit. Tak de orang nak sponsor photographer ni eh? Sponsor half pun xpe dah. Haha! 

Tapi rasa dah tak boleh pilih Fazrien sebab semua tarikh untuk musim cuti bulan Mac, last May to early June dah fully booked. *frust* Unless, wedding kami nanti bukan musim cuti sekolah. Hoping for the best. 

Nak pilih yang mana satu eyh? Yang penting, fulus. Ada fulus, semua possible.