Nuffy Ads

Sunday, February 26, 2012

17 days left

Apa nak jadi la dengan aku ni. Tinggal lagi 17 hari. Dan aku masih di sini. 


Tudung untuk solemnization belum beli, samping Mr. Polaris pun belum beli. Baju belum fitting. Tak tahu muat ke tidak. Berat aku makin naik wohhh! Mampuihhh! Sikit pun tak de kesedaran nak kawal makan. Main telan je apa yang terlintas. Nak makan aiskrim Trophy, beli. Telan. Nak makan nasik goreng malam, beli, habis sepinggan. Perghhh....


Dan tadi Jaja mintak aku diet. Takut tak muat baju nikah katenya. Haha!! Dia pulak yang bimbang. Aku tak sedar diri lagi. Hehe. Dalam si Jaja pujuk-pujuk suruh diet, aku jalan kaki dengan Ida gi makan nasik dengan ikan asam pedas for lunch. Kuikuikui! Sorry Ja, tak cukup kuat iman aku. Hehe. 


Balik makan nasik, timbang! Okeh. Sila insaf. Naik banyakkkkkk sangat berat.


Hmm, 9 Mac will be the last day at Tioman. 


Lepas tu ke Nilai untuk beli barang untuk kenduri Mei nanti, insyaALLAH. 


Hmmm, akan terlepas wedding Ellen, Zaini on 10th March and Dieyla on 11th. Huhu!



No comments:

Post a Comment