Nuffy Ads

Showing posts with label bebelan B2B yang kecoh. Show all posts
Showing posts with label bebelan B2B yang kecoh. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

17 days left

Apa nak jadi la dengan aku ni. Tinggal lagi 17 hari. Dan aku masih di sini. 


Tudung untuk solemnization belum beli, samping Mr. Polaris pun belum beli. Baju belum fitting. Tak tahu muat ke tidak. Berat aku makin naik wohhh! Mampuihhh! Sikit pun tak de kesedaran nak kawal makan. Main telan je apa yang terlintas. Nak makan aiskrim Trophy, beli. Telan. Nak makan nasik goreng malam, beli, habis sepinggan. Perghhh....


Dan tadi Jaja mintak aku diet. Takut tak muat baju nikah katenya. Haha!! Dia pulak yang bimbang. Aku tak sedar diri lagi. Hehe. Dalam si Jaja pujuk-pujuk suruh diet, aku jalan kaki dengan Ida gi makan nasik dengan ikan asam pedas for lunch. Kuikuikui! Sorry Ja, tak cukup kuat iman aku. Hehe. 


Balik makan nasik, timbang! Okeh. Sila insaf. Naik banyakkkkkk sangat berat.


Hmm, 9 Mac will be the last day at Tioman. 


Lepas tu ke Nilai untuk beli barang untuk kenduri Mei nanti, insyaALLAH. 


Hmmm, akan terlepas wedding Ellen, Zaini on 10th March and Dieyla on 11th. Huhu!



Monday, January 2, 2012

Last minutes oriented

Muehehe. Dari zaman sekolah menengah, sampai la aku bakal berumur 26 tahun ni (oh dah tuaaaa), aku memang suka buat kerja last minutes. 

Kalau buat assignments last minutes, the ideas will flow smoothly

Kalau study last minutes, menggelabah. Rasa apa yang dibaca tak masuk kepala langsung. Tapi bila exam/test/interview, cantik je satu-satu point datang bila diperlukan. Kalau tak datang jugak, kita goreng saje. Campak cili padi sikit, bawang sikit, garam gula secukup rasa, alhamdulillah, setakat ni result cantik je. Takde la flying colors, tapi 3 pointer and above la jugekkk. Hehe.. 

Dan bila tetiba kengkonon nak buat preparation awal-awal, beli barang hantaran awal-awal, gedik sungguh hati bila sekarang aku rasa nak beli barang lain je nak tukar dengan barang yang dah dibeli. Rasa nak beli kasut baru la, pastu rasa nak beli perfume baru. Setakat ni, handbag yang beli hari tu, aku suka jer.. Tu pun sebab tak sempat telek lama-lama, aku dah humban semua dalam almari adik lelaki aku. Tingkat paling atas. Stok kalau nak carik barang kena lapik kerusi, plus jingkitkan kaki. So, redha je dengan handbag hari tu. Hihi...

Pastu, lining untuk baju nikah jugak. Rasa nak beli baru. Masa kat kedai, nampak light je colornye. Tapi bila balik umah, aku rasa terang sangat la pulak. Dan masa kat kedai jugak, aku nampak warna yang lebih light tone warnanya dari kain yang aku beli tu, macam pucat sangat. Padahal bila balik rumah, google gambar wedding dress, itulah sebenarnya warna impian. Chestnut sungguh. Baju nikah je yang aku berani gedik-gedik nak tukar-tukar sebab aku yang pilih. Kain untuk majlis bertandang, aku tak berani nak usik sebab tu pilihan anak teruna bakal mak mertua aku tu. Hehehe... 
Tapi takpe, aku redha je la dengan warna yang aku pilih. Lace memang aku suka dah. Tapi lining tu yang masalah sikit. Tapi takpe kot. Nanti nak beli kain jenis nipis yang flowy gitu untuk lining luar. Warna kena light giler la, supaya dapat pudarkan sikit warna kain lining dalam. Aku nak carik kain jenis chiffon atau plain chiffon silk atau plain organza silk. Tengok yang mana paling murah. Hehehe.. Kira nak guna 3 jenis kain la... 

Banyak giler aku google design baju pengantin. Bertimbun-timbun dah dalam folder. Tapi tak start kombinasikan lagi design2 tu. Tapi dah ada dah dalam minda. Ecehh.. Maklum la, aku tak reti melukisss... Bukan multi-talented macam umi... Uhuks... Rindu umi~

Ni pun aku takut nak gi tempah baju awal-awal. Takut gedik rasa nak tukar design. Muehehee. Tapi kalau tempah lambat, takut tak sempat siap. Sebab banyak details yang aku nak. Siap patchworks and beading lagi. Berapa la upahnya. Lagi satu takut terkurus atau tergemuk dari ukuran sekarang. Tapi possibility untuk tergemuk lagi tinggi kot. Huhu! 

BTW, baju dari Arma-Couture sangat gojes okehhh. Oleh itu, marilah menciplak sikit2 hasil kerja dia. Aci tak ehhh? Tapi, aku tengok sume baju pengantin adalah cantik bila pemakainya adalah berfigura Gabrielle Solis. Uhhh, damn! Bagai langit dengan bumi dengan body figure aku. 
Baju Mr. Polaris takpe la. Dia dok lagu tu jugak dari tahun pertama kenal, hinggalah ke hari ni. Takde hal nak tempah awal pun.

Ok la, tu je~



Sekian bebelan B2B yang kecoh ini.